Sunday, June 21, 2009

SUMPAH CINTA-EP2

Afif bangun dari lenanya. Matanya masih mengantuk kerana pulang lewat semalam. Begitulah aktiviti hujung minggunya. Setiap hujung minggu dia dan kawan-kawannya akan menghabiskan malam harinya di kelab malam. Dia akan keluar berhibur dan menikmati keseronokan bersama teman-temannya.
“ Fif, kenalkan ni Erin kawan I . Erin ni Afif.” Farol teman rapatnya memperkenalkan temannya Erin kepada Afif ketika bertemu di kelab.
Erin bersalaman dengan Afif yang pada ketika itu memandang Erin yang kelihatan seksi. Mereka berkenalan dan pada malam itu jugalah Erin telah mengajak Afif ke rumahnya. Pada mulanya Afif menolak, tetapi terpaksa menerima pelawaan itu kerana kesian melihat Erin begitu bersungguh mengajaknya ditambah dengan desakan dari temannya Farol.
Pada malam itu Erin telah melayan Afif dengan penuh mesra dan Afif begitu seronok dengan layanan Erin. Pada malam itu jugalah Afif mula berasa hidupnya menjadi lebih terisi. Dia hampir melupakan kesedihannya dengan keseronokan yang dinikmatinya bersama Erin. Baginya, Erinlah perempuan pertama yang mengajarnya apa itu nikmatnya wanita.
Setelah bangun dari tidur, dia pergi ke bilik air dan bersiap untuk ke kelas. Setelah lama bercuti, hari ini adalah hari pertama Afif menyambung pengajiannya dalam Ijazah Pengurusan Perniagaan setelah tamat diploma dalam jurusan yang sama. Setelah bersiap mengenakan t-shirt berkolar dan jeans, dia akan turun bersama dengan temannya, Farol untuk ke kafe berdekatan dengan apartmentnya Setelah habis bersarapan dia dan Farol terus menuju ke dewan kuliah. Ketika sampai di dewan kuliah, semua gadis memandang ke arahnya. Ada yang tersenyum dan ada yang menyapa Afif. Afif hanya melayan sahaja gadis-gadis tersebut. Sememangnya Afif menjadi pujaan ramai gadis.
Tiba-tiba dia terlihat seorang gadis yang sungguh ayu bertudung duduk di barisan sebelahnya. Gadis tersebut langsung tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Afif cuba mendekati gadis tersebut. Dia langsung ke arah gadis yang sedang khusyuk membaca sebuah novel. Apabila memandang wajah gadis itu dengan lebih dekat, dia seolah-olah terpana dengan raut wajah gadis tersebut. Jantungnya berdebar, hatinya menjadi tidak keruan. Bibirnya terkunci. Satu kata pun tidak mampu terkeluar dari bibir Afif yang sebelum ini berani mengucapkan kata-kata romantis pada gadis-gadis yang ditemuinya sebelum ini. Gadis tersebut memandangnya dan wajahnya kelihatan tidak mengerti melihat Afif yang langsung tidak berkata apa-apa itu.
“Kenapa?” tanya gadis itu.
Bibir Afif masih lagi kelu. Di mindanya tertanya-tanya apakah yang ada pada gadis ini sehingga membuatkan dirinya menjadi bisu. Dia cuba memaksa dirinya untuk mengeluarkan sepatah kata namun ia terlalu sukar.
Tidak lama selepas itu, seorang pensyarah masuk ke dalam dewan kuliah tersebut. Kuliah bermula. Gadis itu tidak menghiraukan Afif. Dia memberi perhatian pada kuliah yang disampaikan oleh pensyarahnya itu. Afif juga cuba untuk memberi perhatian pada kuliah yang sedang berjalan. Sesekali dia memandang gadis itu lagi. Fokusnya langsung hilang kerana fikirannya sedang berfikir tentang gadis di sebelahnya itu.
Apa yang harus aku katakan pada dia? Aku langsung tak mengerti tentang perasaan ini. Apakah perasaan ini sama sahaja dengan gadis-gadis yang aku temui sebelum ini? Tidak mungkin. Aku dapat merasakannya. Apakah akan hadir cinta kali kedua dalam hidup aku? Tidak… hanya Hanis sahaja cinta aku.

No comments:

Post a Comment