Sunday, June 21, 2009

SUMPAH CINTA-EP1

Afif sedang menatap gambar wajah arwah kekasihnya di skrin komputer. Semakin lama ditatap semakin rindu dia pada insan yang dicintainya sepenuh hati itu. Dia begitu menyayangi Nurul Hanis. Wanita pertama yang bertakhta dihatinya. Akibat menderita penyakit kanser darah, Nurul Hanis meninggal dunia di hospital di sisi Afif. Afif jugalah yang telah mengajarnya menyebut kalimah Allah di saat arwah mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir kali. Ibu dan ayah Nurul Hanis terlalu sebak sehinggakan tidak sanggup melihat anaknya mahu meninggalkan mereka. Afif jugalah yang telah menenangkan mereka.
“ Biarkanlah dia pergi dengan tenang, Pak Cik, Mak Cik. Tuhan lebih sayangkan dia. Kita doakan semoga dia ditempatkan di tempat orang yang beriman.” Pujuk Afif kepada ibu dan ayah Nurul Hanis.
Afif menutup wajah Nurul Hanis dengan kain. Dia cuba menahan air matanya namun ia melimpah keluar juga. Air mata itu bukan sahaja tidak dapat ditahan malah ia mengalir tanpa henti. Seakan bentengnya sudah tidak mampu untuk bertahan. Begitu jugalah semangatnya yang cekal menjaga dan menemani Nurul Hanis di saat dia sedang menderita menahan sakit yang menjadi benteng baginya untuk tidak mengalah memberi semangat untuk hidup kepada Nurul Hanis akhirnya hancur dengan pemergian Nurul Hanis yang nyata tidak akan kembali itu. Mereka pernah berjanji untuk sehidup semati dan membina mahligai cinta bersama. Namun segalanya sudah berakhir bagi Afif. Dia pernah hilang semangat untuk meneruskan hidupnya tanpa Nurul Hanis dan hidupnya menjadi begitu tidak terurus. Dia hilang arah dalam hidupnya sendiri. Segala yang ditangisinya adalah kenangan disaat bersama Nurul Hanis dan bayangan arwah menghantui dirinya. Walau bagaimanapun, dia mempunyai teman-teman yang mengambil berat terhadapnya. Memberi semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Teman-temannya jugalah yang telah menghilangkan sedikit demi sedikit sisa rindunya pada Nurul Hanis. Pelbagai perkara telah dilakukannya menyebabkan dirinya lupa akan apa itu cinta dalam hidupnya.
“ Afif, kau tak boleh macam ni. Jom chill! Aku bawa kau pergi ke suatu tempat yang akan membuat jiwa kau tenang. Dapat hilangkan kesedihan dalam hati kau tu. Aku sebagai kawan, tak nak kau bersedih lagi.”
“ Pergi mana?”
“ Club?”
“ Aku tak suka lah pergi tempat macam tu.”
“ Kalau kau dah ada kat situ kau akan suka punya. Jiwa kau akan lebih tenang. Bukannya duduk dalam bilik, terperuk macam ni. Kau ingat Hanis akan datang balik ke? Jom lah bro. Aku nak kau happy.”
“ Kau boleh tolong aku? Tolong aku lupakan dia?”
“ Jangan bimbang. Aku akan tolong kau. Jom, siap!”

No comments:

Post a Comment